Kedai Buku Online

Thursday, September 10

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT - CCRIS

SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT - CCRIS

Aku rasa mereka yang mahir meminjam dan melabur memang mahir tentang CCRIS. CCRIS ni macam indikator jelas rutin dan behaviour seseorang apabila menjadi peminjam wang mana-mana institusi.

Ok, selain rasa CCRIS penting pada orang pelabur je, sebenarnya 1 sebab ia sangat penting pada seseorang yang pernah kehilangan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu, yang membenarkan salinan Kad Pengenalan dan dokumen penting diri pada simpanan seseorang, dan juga yang pernah sain mana-mana dokumen tanpa diketahui untuk apa.

Pernah dalam akhbar menyiarkan seorang nelayan yang kerjanya sebagai nelayan di laut dan berehat di pulau sahaja, terkejut apabila menerima tuntutan tunggakan dari institusi kewangan menuntut tunggakan bayaran kereta yang tidak pernah dibuatnya. Bukan puluh ribu RM tapi ratus ribu RM juga lah. 

Setelah diingat-ingat memang beliau ada menyerahkan Kad Pengenalan pada seseorang beberapa tahun dulu untuk pembelian kenderan tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana hal peribadi. Begitu juga yang pernah berniaga kecilan meminjam skim itu skim ini wajar melihat semula paten apa yang dihutanginya melalui CCRIS sebelum menjadi parah. Paling elok 1@2 Tahun sekali, rajin-rajinkan diri ke AKPK atau Bank Negara untuk menyemak CCRIS ni. Jangan sepah-sepah salinan Kad Pengenalan serta dokumen penting - Jika buat salinan Kad Pengenalan, pastikan double cross silang dan tulis ayat tujuan di atas salinan tersebut seperti FOR MBSB LOAN APPLICATION


Entri ini disalin dari Laman ini :
dan diterjemahkan oleh :


“Apa Benda Laporan CCRIS Ni?”

CCRIS – singkatan kepada Central Credit Reference Information System. (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

Ia adalah sistem yang Bank Negara wujudkan untuk mengumpul semua maklumat kredit (hutang) sesuatu peminjam atau bakal peminjam ke dalam sebuah laporan kredit standard.

Laporan CCRIS ini boleh diberikan kepada pihak bank atau institusi kewangan yang menawarkan pinjaman, dan juga peminjam (atau bakal peminjam) itu sendiri.

Biasanya, pihak bank memang akan rujuk laporan CCRIS ni bila korang mohon apa-apa pinjaman, sebagai salah satu proses sebelum meluluskan pinjaman korang.

Kalau laporan CCRIS korang cantik, maka senanglah lulus loan tu.

Kalau laporan CCRIS korang tak cantik, maka sangat susahlah nak lulus loan tu.

“Apa Yang Ada Dalam CCRIS ni?”




Ada 3 kategori utama:

  1. Outstanding Loan (Pinjaman Berbaki)
  2. Special Attention Accounts
    1. Untuk akaun yang diiktiraf sebagai Non-Performing Loan, atau akaun yang diuruskan oleh program pengurusan hutang dibawah seliaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  3. Application for Credit
    1. Status permohonan sebarang pinjaman sebelum ini (Lulus atau Gagal)

PECAHAN KATEGORI

A: Outstanding Loan

B: Special Attention Accounts

C: Application for Credit

D: Baki pinjaman yang masih belum dibayar

E: Had maksima pinjaman.

Contohnya, kalau kad kredit korang boleh hutang sampai RM30,000, maksudnya had maksima pinjamannya adalah RM30,000 sahaja.
Kalau korang buat personal loan (pinjaman peribadi) RM100,000 dan dah bayar RM80,000, bahagian E akan tunjuk RM100,000, dan bahagian D akan tunjuk RM20,000 (baki pinjaman)
F: corak pembayaran (repayment behaviour)

Kalau ada nombor pada ruangan F ni, maksudnya korang tak bayar pinjaman pada bulan tersebut.
Contohnya, ada nombor ‘1’ dekat bulan July 2012. Maksudnya korang terlupa (atau sengaja taknak bayar) pinjaman pada bulan July 2012.
Berapa lama rekod hutang kita disimpan oleh CCRIS?

CCRIS simpan rekod kita untuk 12 bulan terkini sahaja. Sebarang rekod sebelum tempoh tersebut akan dibuang daripada sistem.

Apa yang bank paling pantang sekali dan tidak suka dalam laporan CCRIS korang?

1.Akaun yang ditulis “under legal action” atau “legal action being taken”, bermaksud korang sedang dikenakan tindakan undang-undang. Bank juga tak suka akaun di bawah Special Attention Accounts.

2.Kelewatan pembayaran atau tak bayar langsung. Maksudnya, pada bahagian F kita ada nombor selain ‘0’.

3.Penggunaan had pinjaman yang tinggi (high credit limit utilization). Kalau korang ada had pinjaman kad kredit RM30,000, tapi korang dah guna sampai RM28,000, kira tinggi la tu. Ia melambangkan pengurusan kewangan yang lemah kepada pihak bank.

4.Debt Servicing Ratio (DSR) yang tinggi. Maksudnya, majoriti pendapatan bulanan korang digunakan untuk bayar pinjaman-pinjaman yang ada.

Banyak sangat permohonan untuk pinjaman pada satu-satu masa. Bank akan nampak seolah-olah korang memang terdesak nak pakai duit.

Tips Mencantikkan Laporan CCRIS Korang Supaya Permohonan Pinjaman Perumahan Mudah Lulus

1.Kalau korang banyak hutang kad kredit yang tak bayar lagi, bayarlah sebanyak mungkin supaya mudah lulus loan.

2.Maklumat CCRIS ni akan dikemaskini setiap 15 haribulan setiap bulan. Contohnya, maklumat pinjaman pada bulan Januari hanya akan dikemaskini pada 15 Februari. Jadi, kalau korang nak apply loan lepas dah bayar hutang kad kredit, korang apply la lepas 16 Februari. Faham?

3.Kalau dekat bahagian F tu asyik tulis ‘1’ je setiap bulan, mungkin tarikh pembayaran dijadualkan untuk pinjaman tu terlalu awal, dan duit gaji korang tak masuk lagi masa tu. Dalam erti kata lain, korang bayar loan tu, tapi korang asyik bayar lambat je. Penyelesaiannya, cuba korang minta pada pihak bank untuk lanjutkan tarikh pembayaran yang dijadualkan tersebut (delay the billing cycle).

4.Kalau korang memang ada lambat bayar pinjaman, tunggu 12 bulan dari bulan yang lambat bayar tu, kemudian baru apply loan. CCRIS simpan maklumat kita 12 bulan je.

5.Hadkan permohonan pinjaman dan kad kredit korang. Macam Tok cakap tadi, banyak sangat permohonan pinjaman dan kad kredit pun tak bagus juga.

6.Untuk korang yang baru bekerja dan tak pernah ada apa-apa hutang, termasuklah kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya, bank mungkin tak berani nak bagi pinjaman penuh untuk korang.

Contohnya, korang minta pinjaman RM100,000, tapi bank boleh bagi RM80,000 sahaja, sebab bank pun tak pasti sama ada korang ni boleh bayar pada waktunya atau tidak.

Jadi, apa nak buat? Mohonlah satu kad kredit, guna sedikit, kemudian bayar terus.

Kesimpulannya, sebelum korang apply loan rumah, baik korang check dulu laporan CCRIS ni. Kalau dah memang laporan CCRIS korang tak cantik, tak payah harap sangat la permohonan korang tu akan lulus.

Di mana nak dapatkan laporan CCRIS ni?

  • Korang boleh pergi sendiri di Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, dan cetak di kiosk yang disediakan. Korang perlu bawa kad pengenalan yang berfungsi dengan baik (cip dia tak rosak)
  • Pergi ke pejabat AKPK terdekat di negeri korang. Mereka boleh cetak di situ.
  • Hantar email atau fax kepada http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive